Thursday, October 18, 2018

Penting Simpan Duit Untuk Beli Emas

Anak-anak Mama,

Maaf sayang, selama ini Mama kedekut dengan anak-anak Mama. Mama kedekut untuk beli baju yang mahal, beg yang branded, handphone yang canggih. Tapi kalau anak-anak Mama perasan, Mama dan Ayah tidak pernah kedekut untuk beli buku dan makanan. Mama dan Ayah telah bersepakat semasa awal-awal perkahwinan yang Mama dan Ayah tidak akan kedekut dalam membeli buku dan makanan untuk anak-anak.

Semasa Mama dan Ayah bekerja, kami akan pastikan ada buat simpanan dengan duit gaji. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah duit gaji disimpan untuk masa depan. Kalau dapat simpan lebih, lagi baik. Juga amalkan berbelanja dengan sederhana supaya duit gaji yang dapat sentiasa cukup untuk keperluan dalam hidup. InsyaaAllah. Sekiranya anak-anak Mama dinaikkan gaji, jangan guna duit tu. Tambahkan dalam simpanan. Itu lebih baik.

Semasa Mama kerja dulu, gaji Mama RM4,000 sebulan. Mama dapat buat simpanan dalam RM500 setiap bulan. After a few years of working, Mama dinaikkan pangkat dan gaji sebanyak RM2,000 sebulan. And guess what? Mama tak guna RM2,000 tu. Mama simpan. Alhamdulillah, Mama dapat simpan RM2,000 sebulan selama 18 bulan sebelum Mama berhenti kerja. Duit yang Mama guna untuk belanja adalah atas gaji yang Mama dapat sebelum ni.


Bila dinaikkan gaji, jangan tingkatkan perbelanjaan. Tetapi tingkatkan simpanan.  

Bila adanya duit simpanan, sekurang-kurangnya 10% dari simpanan itu digunakan untuk beli emas. Kenapa? Sebab bila beli emas, duit akan selamat dari dibelanjakan. Emas ini adalah aset. Aset yang mudah cair sebab ianya boleh dijual sekiranya perlukan duit pada masa akan datang. Selain dari itu, emas juga boleh dipajak di Ar-Rahnu.

Mama ada cerita tentang pinjaman peribadi. Mama minta anak-anak mama elak dari buat pinjaman peribadi. Tetapi kalau anak-anak Mama ada simpan emas, emas itu boleh dipajak untuk dapatkan duit apabila diperlukan.

Pajak emas di Ar-Rahnu maknanya kita pinjam duit dengan Ar-Rahnu dan letakkan emas kita sebagai cagaran. Pinjaman di Ar-Rahnu tidak dikenakan faedah dan ianya bebas dari riba. Kita cuma bayar upah simpan sahaja di Ar-Rahnu. Di bawah ni mama ceritakan pengalaman Mama dan Ayah pajak emas di Ar-Rahnu Pos.

Cara untuk pajakkan emas di Ar-Rahnu Pos :

  1. Perlu tahu berapa jumlah duit yang diperlukan. Exactly how much do you need? Bukan boleh saja-saja nak pinjam berapa ringgit sebab ianya bergantung pada berapa nilai emas yang ada di tangan. Walaupun ada banyak emas di tangan, ia tidak bermaksud boleh pajakkan semua. Hanya pajakkan emas ikut berapa jumlah duit yang perlu sahaja sebab setiap pinjaman perlu bayar balik. Jangan berhutang.
  2. Buat kiraan berdasarkan pada harga emas semasa untuk tahu berapa gram emas perlu dipajak untuk dapatkan jumlah wang yang nak. 
  3. Pergi ke Ar-Rahnu untuk buat pajakkan.
  4. Pastikan tebus semula emas yang sudah dipajak dalam tempoh yang ditetapkan. Kalau tak tebus, maka emas di Ar-Rahnu akan dilelong. You will loose your asset. Kalau dapat tebus emas tu semula, emas yang sama boleh dipajakkan lagi pada masa akan datang (sekiranya perlu).

Cara pengiraan pajakan emas di Ar-Rahnu Pos :

Ketulenan jongkong emas : 999.9 (24 karat)
Contoh harga emas semasa : RM175 per gram

Katakan anak Mama perlu duit sebanyak RM2,500 jadi boleh pajakkan 20 gram emas.

Nilai marhun : RM175 per gram x 20 gram = RM3,500
Nilai pinjaman di Ar-Rahnu Pos : 75% dari nilai marhun
Jumlah pinjaman yang layak : 75% x RM3,500 = RM2,625
(ada lebihan RM125 tapi boleh pinjam RM2,500 sahaja)


Cara pengiraan upah simpan di Ar-Rahnu Pos (sebulan) :

Upah simpan yang dikenakan ialah 0.8% dari nilai marhun
Upah simpan : 0.8% x RM3,500 = RM28 sebulan

Maximum tempoh pinjaman ialah 6 bulan
Maka jumlah upah simpan ialah RM28 x 6 bulan = RM168

Jumlah yang perlu bayar balik selepas 6 bulan : RM2,652 + RM168 = RM2,820


Ayah selalu nasihatkan Mama yang adalah lebih baik dan lebih mulia buat pinjaman duit dengan cagarkan aset yang kita ada berbanding dengan buat pinjaman hanya dengan menghulurkan kad pengenalan di bank. Mama nasihatkan ni atas pinjaman duit yang bukannya untuk beli rumah atau kereta ya. Tentang pinjaman untuk beli rumah dan kereta, lain cara dan pengiraannya. 


Salam sayang,
Mama & Ayah

No comments:

Post a Comment

Hadith : Allah Perkenan Doa

Anak-anak Mama, Mama nak share hadith yang mama baca di library... hadith Sahih Bukhari : 609 Diberitahu oleh 'Ubbadah bin Shamit ba...