Showing posts with label penjamin. Show all posts
Showing posts with label penjamin. Show all posts

Thursday, October 18, 2018

Elak Dari Jadi Penjamin

Anak-anak Mama, 

Kebiasaannya apabila seseorang hendak membuat pinjaman, dia memerlukan penjamin (guarantor). Penjamin ialah orang lain yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya peminjam tidak boleh bayar balik pinjamannya kepada pihak peminjam.

Contoh yang terjadi dalam hidup Mama, AhKong pernah menjamin kawan AhKong yang hendak beli kereta. Jadi, kawan AhKong pinjam duit dengan bank untuk beli kereta dan jadikan AhKong sebagai penjamin. Sekiranya kawan AhKong tidak dapat bayar balik pinjamannya, maka AhKong yang perlu bayar kepada pihak bank. Tidak adilkan? Orang lain pinjam, lepas tu bila tak boleh nak bayar... orang lain pula kena bayarkan. Sekiranya AhKong tidak bayar, tindakan mahkamah akan dikenakan. 

Yes, AhKong telahpun dikenakan tindakan mahkamah dan telahpun diisytiharkan bankrup oleh pihak bank sebab tidak bayar semula pinjaman yang dibuat oleh kawan AhKong. AhMa tak tahupun tentang hal ini sehinggalah Allah tergerakkan hati AhMa untuk buka surat yang dialamatkan kepada AhKong. Dalam surat tu ialah keratan akhbar yang menyatakan AhKong telah diisytiharkan bankrup oleh mahkamah dan perlu langsaikan hutang sebanyak RM10,000 untuk selesaikan masalah itu. 

Kalau AhKong tidak bayar, semua harta akan disita. Maknanya keluarga Mama akan dihalau dari rumah dan mungkin tidur di tepi jalan. Alhamdulillah, AhKong ialah seorang yang suka menyimpan dan ada simpanan lebih dari RM10,000 dalam akaun bank. Perkara ini berlaku lebih 30 tahun dahulu semasa Mama masih bersekolah lagi. Jadi, AhMa telah paksa AhKong naik mahkamah dan selesaikan hutang RM10,000 untuk mengelakkan dari perkara buruk yang berlaku terhadap keluarga Mama pada masa tu. Sejak dari itu, AhMa telah nasihatkan Mama...

Don't guarantor for anybody. Save that privilege for your own family and children.

Selain dari kejadian yang menimpa keluarga Mama dahulu, perkara yang sama terjadi pada kawan Mama; Aunty Zai (bukan nama sebenar). Aunty Zai telah jadi penjamin kepada kawannya. Semasa tu, masing-masing membuat pinjaman peribadi dari salah sebuah bank dan masing-masing menjadi penjamin; Aunty Zai jadi penjamin kepada kawannya, dan kawannya jadi penjamin kepada Aunty Zai. 

Selepas beberapa tahun, Aunty Zai telahpun langsaikan hutangnya dengan bank. Tetapi kawan Aunty Zai tidak. Jadi, pihak bank telah menghubungi Aunty Zai untuk memberitahu yang kawan Aunty Zai tidak bayar semula pinjaman yang sudah dibuat dan sebagai penjamin, Aunty Zai perlu membuat bayaran bagi pihak kawannya. Sekiranya tidak, pihak bank akan mengambil tindakan mahkamah. Aunty Zai terpaksa bersemuka dengan kawannya dan memaksa kawannya untuk membayar hutangnya dengan bank. Mama tidak tahu apa kesudahannya selepas itu.

Jadi anak-anak Mama, nampak tak kesannya dan akibatnya jika menjadi penjamin? Sejak dari peristiwa yang melanda keluarga Mama, Mama hanya mula menjadi penjamin kepada anak-anak Mama semasa anak-anak Mama hendak masuk kolej. 

So, please my darlings... walau macam mana baik sekalipun dengan kawan-kawan, jangan tolong mereka sebagai penjamin. There are other ways that can help them.


Salam sayang,
Mama & Ayah




Hadith : Allah Perkenan Doa

Anak-anak Mama, Mama nak share hadith yang mama baca di library... hadith Sahih Bukhari : 609 Diberitahu oleh 'Ubbadah bin Shamit ba...