Thursday, October 18, 2018

Elak Dari Jadi Penjamin

Anak-anak Mama, 

Kebiasaannya apabila seseorang hendak membuat pinjaman, dia memerlukan penjamin (guarantor). Penjamin ialah orang lain yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya peminjam tidak boleh bayar balik pinjamannya kepada pihak peminjam.

Contoh yang terjadi dalam hidup Mama, AhKong pernah menjamin kawan AhKong yang hendak beli kereta. Jadi, kawan AhKong pinjam duit dengan bank untuk beli kereta dan jadikan AhKong sebagai penjamin. Sekiranya kawan AhKong tidak dapat bayar balik pinjamannya, maka AhKong yang perlu bayar kepada pihak bank. Tidak adilkan? Orang lain pinjam, lepas tu bila tak boleh nak bayar... orang lain pula kena bayarkan. Sekiranya AhKong tidak bayar, tindakan mahkamah akan dikenakan. 

Yes, AhKong telahpun dikenakan tindakan mahkamah dan telahpun diisytiharkan bankrup oleh pihak bank sebab tidak bayar semula pinjaman yang dibuat oleh kawan AhKong. AhMa tak tahupun tentang hal ini sehinggalah Allah tergerakkan hati AhMa untuk buka surat yang dialamatkan kepada AhKong. Dalam surat tu ialah keratan akhbar yang menyatakan AhKong telah diisytiharkan bankrup oleh mahkamah dan perlu langsaikan hutang sebanyak RM10,000 untuk selesaikan masalah itu. 

Kalau AhKong tidak bayar, semua harta akan disita. Maknanya keluarga Mama akan dihalau dari rumah dan mungkin tidur di tepi jalan. Alhamdulillah, AhKong ialah seorang yang suka menyimpan dan ada simpanan lebih dari RM10,000 dalam akaun bank. Perkara ini berlaku lebih 30 tahun dahulu semasa Mama masih bersekolah lagi. Jadi, AhMa telah paksa AhKong naik mahkamah dan selesaikan hutang RM10,000 untuk mengelakkan dari perkara buruk yang berlaku terhadap keluarga Mama pada masa tu. Sejak dari itu, AhMa telah nasihatkan Mama...

Don't guarantor for anybody. Save that privilege for your own family and children.

Selain dari kejadian yang menimpa keluarga Mama dahulu, perkara yang sama terjadi pada kawan Mama; Aunty Zai (bukan nama sebenar). Aunty Zai telah jadi penjamin kepada kawannya. Semasa tu, masing-masing membuat pinjaman peribadi dari salah sebuah bank dan masing-masing menjadi penjamin; Aunty Zai jadi penjamin kepada kawannya, dan kawannya jadi penjamin kepada Aunty Zai. 

Selepas beberapa tahun, Aunty Zai telahpun langsaikan hutangnya dengan bank. Tetapi kawan Aunty Zai tidak. Jadi, pihak bank telah menghubungi Aunty Zai untuk memberitahu yang kawan Aunty Zai tidak bayar semula pinjaman yang sudah dibuat dan sebagai penjamin, Aunty Zai perlu membuat bayaran bagi pihak kawannya. Sekiranya tidak, pihak bank akan mengambil tindakan mahkamah. Aunty Zai terpaksa bersemuka dengan kawannya dan memaksa kawannya untuk membayar hutangnya dengan bank. Mama tidak tahu apa kesudahannya selepas itu.

Jadi anak-anak Mama, nampak tak kesannya dan akibatnya jika menjadi penjamin? Sejak dari peristiwa yang melanda keluarga Mama, Mama hanya mula menjadi penjamin kepada anak-anak Mama semasa anak-anak Mama hendak masuk kolej. 

So, please my darlings... walau macam mana baik sekalipun dengan kawan-kawan, jangan tolong mereka sebagai penjamin. There are other ways that can help them.


Salam sayang,
Mama & Ayah




Penting Simpan Duit Untuk Beli Emas

Anak-anak Mama,

Maaf sayang, selama ini Mama kedekut dengan anak-anak Mama. Mama kedekut untuk beli baju yang mahal, beg yang branded, handphone yang canggih. Tapi kalau anak-anak Mama perasan, Mama dan Ayah tidak pernah kedekut untuk beli buku dan makanan. Mama dan Ayah telah bersepakat semasa awal-awal perkahwinan yang Mama dan Ayah tidak akan kedekut dalam membeli buku dan makanan untuk anak-anak.

Semasa Mama dan Ayah bekerja, kami akan pastikan ada buat simpanan dengan duit gaji. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah duit gaji disimpan untuk masa depan. Kalau dapat simpan lebih, lagi baik. Juga amalkan berbelanja dengan sederhana supaya duit gaji yang dapat sentiasa cukup untuk keperluan dalam hidup. InsyaaAllah. Sekiranya anak-anak Mama dinaikkan gaji, jangan guna duit tu. Tambahkan dalam simpanan. Itu lebih baik.

Semasa Mama kerja dulu, gaji Mama RM4,000 sebulan. Mama dapat buat simpanan dalam RM500 setiap bulan. After a few years of working, Mama dinaikkan pangkat dan gaji sebanyak RM2,000 sebulan. And guess what? Mama tak guna RM2,000 tu. Mama simpan. Alhamdulillah, Mama dapat simpan RM2,000 sebulan selama 18 bulan sebelum Mama berhenti kerja. Duit yang Mama guna untuk belanja adalah atas gaji yang Mama dapat sebelum ni.


Bila dinaikkan gaji, jangan tingkatkan perbelanjaan. Tetapi tingkatkan simpanan.  

Bila adanya duit simpanan, sekurang-kurangnya 10% dari simpanan itu digunakan untuk beli emas. Kenapa? Sebab bila beli emas, duit akan selamat dari dibelanjakan. Emas ini adalah aset. Aset yang mudah cair sebab ianya boleh dijual sekiranya perlukan duit pada masa akan datang. Selain dari itu, emas juga boleh dipajak di Ar-Rahnu.

Mama ada cerita tentang pinjaman peribadi. Mama minta anak-anak mama elak dari buat pinjaman peribadi. Tetapi kalau anak-anak Mama ada simpan emas, emas itu boleh dipajak untuk dapatkan duit apabila diperlukan.

Pajak emas di Ar-Rahnu maknanya kita pinjam duit dengan Ar-Rahnu dan letakkan emas kita sebagai cagaran. Pinjaman di Ar-Rahnu tidak dikenakan faedah dan ianya bebas dari riba. Kita cuma bayar upah simpan sahaja di Ar-Rahnu. Di bawah ni mama ceritakan pengalaman Mama dan Ayah pajak emas di Ar-Rahnu Pos.

Cara untuk pajakkan emas di Ar-Rahnu Pos :

  1. Perlu tahu berapa jumlah duit yang diperlukan. Exactly how much do you need? Bukan boleh saja-saja nak pinjam berapa ringgit sebab ianya bergantung pada berapa nilai emas yang ada di tangan. Walaupun ada banyak emas di tangan, ia tidak bermaksud boleh pajakkan semua. Hanya pajakkan emas ikut berapa jumlah duit yang perlu sahaja sebab setiap pinjaman perlu bayar balik. Jangan berhutang.
  2. Buat kiraan berdasarkan pada harga emas semasa untuk tahu berapa gram emas perlu dipajak untuk dapatkan jumlah wang yang nak. 
  3. Pergi ke Ar-Rahnu untuk buat pajakkan.
  4. Pastikan tebus semula emas yang sudah dipajak dalam tempoh yang ditetapkan. Kalau tak tebus, maka emas di Ar-Rahnu akan dilelong. You will loose your asset. Kalau dapat tebus emas tu semula, emas yang sama boleh dipajakkan lagi pada masa akan datang (sekiranya perlu).

Cara pengiraan pajakan emas di Ar-Rahnu Pos :

Ketulenan jongkong emas : 999.9 (24 karat)
Contoh harga emas semasa : RM175 per gram

Katakan anak Mama perlu duit sebanyak RM2,500 jadi boleh pajakkan 20 gram emas.

Nilai marhun : RM175 per gram x 20 gram = RM3,500
Nilai pinjaman di Ar-Rahnu Pos : 75% dari nilai marhun
Jumlah pinjaman yang layak : 75% x RM3,500 = RM2,625
(ada lebihan RM125 tapi boleh pinjam RM2,500 sahaja)


Cara pengiraan upah simpan di Ar-Rahnu Pos (sebulan) :

Upah simpan yang dikenakan ialah 0.8% dari nilai marhun
Upah simpan : 0.8% x RM3,500 = RM28 sebulan

Maximum tempoh pinjaman ialah 6 bulan
Maka jumlah upah simpan ialah RM28 x 6 bulan = RM168

Jumlah yang perlu bayar balik selepas 6 bulan : RM2,652 + RM168 = RM2,820


Ayah selalu nasihatkan Mama yang adalah lebih baik dan lebih mulia buat pinjaman duit dengan cagarkan aset yang kita ada berbanding dengan buat pinjaman hanya dengan menghulurkan kad pengenalan di bank. Mama nasihatkan ni atas pinjaman duit yang bukannya untuk beli rumah atau kereta ya. Tentang pinjaman untuk beli rumah dan kereta, lain cara dan pengiraannya. 


Salam sayang,
Mama & Ayah

Tuesday, October 16, 2018

Elak Dari Buat Pinjaman Peribadi

Anak-anak Mama,

Pinjaman Peribadi atau Personal Loan ialah wang yang dipinjam dari pihak bank yang akan dikenakan kadar faedah tertentu dan perlu dibayar balik dalam tempoh tertentu.

What ever happens or what ever people say, never ever take up personal loan. 

Mama tak pernah ambil personal loan. So was your father. Jadi, Mama cerita ni supaya anak-anak Mama pun jangan ambil personal loan walaupun kawan-kawan disekeliling sibuk ambil personal loan for what ever reason. Walaupun Mama dan Ayah tak pernah ambil personal loan, it does not mean Mama dan Ayah tidak tahu apa-apa tentangnya dan tidak tahu akibatnya. We learn through our environment and through our friend's stories.

"Aku kena cari kerja part time sebab nak bayar personal loan yang aku ambil 5 tahun lepas."
"Aku tak boleh berhenti kerja sekarang walaupun aku tak sihat sebab aku ada personal loan yang kena bayar lagi".
Ni antara luahan hati kawan-kawan Mama yang ambil personal loan. 

Semasa Mama mula kerja dulu, ada pihak bank datang ke ofis untuk tawarkan pinjaman peribadi ni. Most of my friends applied because of low interest rate. Each one of them come up with any reason that they could think of to comfort themselves for taking up the personal loan. But after few years, all I saw was misery in their life because of unnecessary debt. 

Bawah ni Mama tunjukkan cara untuk kira ansuran bulanan bayar balik atas pinjaman peribadi.

Katakan jumlah wang yang dipinjam dari pihak bank ialah RM50,000 dan dikenakan faedah sebanyak 7% setahun dengan tempoh bayar balik selama 5 tahun.

Formula kiraan pokok :
Jumlah Pinjaman Asal / Bilangan Tahun Pinjaman / 12 bulan 
RM50,000 bahagi 5 tahun bahagi 12 bulan = RM834 sebulan. 

Formula kiraan faedah :
(Jumlah Pinjaman Asal x Bilangan Tahun Pinjaman x Kadar Faedah Setahun) / (Bilangan Tahun Pinjaman x 12 bulan)
(RM50,000 x 5 tahun x 7%) / (5 tahun x 12 bulan) = RM292 sebulan

Jadi, jumlah pinjaman yang perlu dibayar kepada pihak bank setiap bulan ialah sebanyak RM1,126 (RM834 + RM292).

Kalau gaji RM2,500 sebulan dan jumlah bayar balik pinjaman ialah RM1,126 sebulan, jadi hanya tinggal RM1,374 untuk sewa rumah, belanja makan, pengangkutan untuk pergi balik kerja, beli barang keperluan peribadi seperti sabun mandi, minyak wangi dan sebagainya. So, what's left for saving?

Duit RM50,000 yang dah dapat boleh habis dalam masa sekejap sahaja. Dan ingat ya, RM1,126 itu perlu dibayar setiap bulan selama 5 tahun.  Kalau dalam tempoh tersebut, anak-anak Mama diberhentikan kerja, macam mana nak bayar hutang? Kalau hutang bank tidak dibayar, bank ada hak untuk ambil semua harta termasuk rumah, kereta dan simpanan kita sebagai bayaran balik. Silap-silap boleh masuk penjara tahu. So don't play play with debt.

Macam mana nak buat kalau perlukan duit nanti kalau tak buat pinjaman? 

Mama cerita dalam next post ok. Mama share macam mana Mama dan Ayah manage duit supaya tak buat personal loan.


Salam sayang,
Mama & Ayah

Hadith : Allah Perkenan Doa

Anak-anak Mama, Mama nak share hadith yang mama baca di library... hadith Sahih Bukhari : 609 Diberitahu oleh 'Ubbadah bin Shamit ba...